Saya marah!
Marah?
Ya, saya marah. Kali ini saya benar-benar marah. membuak-buak kemarahan itu.kalau dapat saya gambarkan, mulutnya sudah muncung-muncung, kening berkerut-kerut, jantung juga berdegup kencang sekali menahan rasa ammarah itu daripada tersembur keluar. Diam tanpa berkata apa-apa.
Marah?
Marah terlalu sinonim dengan keburukan. Bila marah, apa yang terbayang di fikiran hanyalah marah itu sikap negatif. Jadi, jangan marah. Ya, marah adalah sikap yang buruk. Buruk sekiranya marah itu tidak bertempat, sama juga halnya seperti malu.
Mari lihat marah dari sudut pandang yang berbeza.
Marah juga dituntut sebenarnya. Dituntut pada tempat-tempat dan situasi yang sepatutnya. Antaranya?
Baik, pertama, marah kerana kemuliaan. Sebagai contoh, seorang ayah yang melihat anaknya keluar rumah tanpa menutup aurat. Jika tidak terbit sekelumit pun rasa marah di hati si ayah, maka dayuslah si ayah. Jadi, marah si ayah ketika itu adalah marah kerana kemuliaan.demi untuk menjaga maruah (muru’ah) si anak.
Kita juga marah sekiranya ada unsur-unsur penghinaan terhadap islam dan juga terhadap Rasulullah s.a.w.
Di sini saya hanya menyentuh (memberi contoh) soal rasa marah yang terbit, bukan soal tindakan yang terbit dek terbitnya rasa marah itu. Dua perkara yang berbeza ya.
Hmmm..tetapi kenapa agaknya saya marah??
Hari ini, saya telah solat tarawih dalam keadaan yang tidak menentu. Perasaan jiwa menjadi kacau. Mana tidaknya, melihat sof di hadapan saya yang terlalu penuh. Penuh dengan ruang yang kosong dan lompong-lompong! Mahu solat dengan khusyuk, tetapi sering saja mata terziarah lubang-lubang yang ada di depan saya. Cuba bayangkan, ruang-ruang kosong itu mampu memuatkan dua kali saya lagi! Betapa besarnya jarak yang disediakan untuk diisi oleh syaitan. Itu baru yang di depan mata, yang di hujung sebelah kiri sana? Aduhai… dahsyat sungguh kelompongan yang berlaku.
Usai solat tarawih, sedang imam asyik membaca doa, berlegar-legar di minda saya, untuk solat witir nanti, saya tak akan biarkan lagi sof di hadapan begitu lagi. Bagaimana?
Usai solat tarawih, sedang imam asyik membaca doa, berlegar-legar di minda saya, untuk solat witir nanti, saya tak akan biarkan lagi sof di hadapan begitu lagi. Bagaimana?
Selesai imam mengaminkan bacaan doa, cepat-cepat saya memegang bahu makcik di hadapan itu, lantas mengatakan padanya sambil tersenyum, “Makcik, boleh rapatkan ke sini sikit?”. Kemudian saya pegang pula adik di sebelah makcik tersebut dan merapatkannya, diikuti dengan seorang lagi makcik di hujung sekali. Dan akhirnya Alhamdulillah, sof menjadi rapat.. =)
![]() |
| Perkara yang perlu diberi perhatian! |
Ah, tapi ini hanyalah bayangan saya sahaja! Saya tidak punya kekuatan untuk melakukan itu dan akhirnya, sof tetap juga begitu ketika solat witir ditunaikan dan saya sangat HAMPA KECEWA.. =(
Dari Nu'man bin Basyir r.anhuma, katanya : "Saya mendengar Rasulullah s.a.w brsabda "Nescayalah engkau semua harus meratakan sof-sofmu itu atau kalau tidak suka meratakan sof-sof, maka nescayalah Allah akan memperselisihkan antara muka-muka hatimu yakni menjadi ummat yang suka brcerai berai." (Muttafaq 'alaih)
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, "Pertengahkanlah imam, yakni antara ma'mum di sebelah kanan dan si sebelah kiri hendaklah sama banyaknya, sehingga imam itu tempatnya ada di tengah dan tutuplah sela-sela yang kosong." (Riwayat Abu Daud)
Dalam sebuah hadis yang lain,
Dari Anas r.a., bahawanya Rasulullah saw bersabda, "Rapatkanlah sof-sofmu semua, perdekatkanlah jarak antara sof-sof itu sekiranya antara kedua-dua sof itu kira-kira tiga hasta dan samakanlah letaknya antara leher-leher. Maka demi Zat yang jiwaku berada di dalam genggaman kekuasaanNya, sesungguhnya saya nescayalah dapat melihat syaitan itu masuk di sela-sela kekosongan sof, sebagaimana halnya kambing kecil"(Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Abi Daud dengan isnad menurut Imam Muslim)
Boleh juga dilihat,
Dari Al-Bara' Bin 'Azib radhiallahu ‘anhuma katanya :" Rasulullah s.a.w mengisikan sela-sela sof dari arah sini ke arah situ, sehingga dada-dada dan bahu-bahu kita saling mngusapi antara yang seorang dengan yang lainnya. Baginda s.a.w brsabda "Janganlah engkau semua berselisih yakni terlampau maju atau mundur dari sof, maka hal itu akan mnyebabkan berselisihnya hati-hati kamu semua." Baginda s.a.w juga bersabda "Sesungguhnya Allah s.w.t dan malaikatnya menyampaikan kerahmatan padas sof-sof permulaan. (Diriwayatkan oleh Abi Daud dgn isnad hasan)
Mahu dinukilkan di sini terlalu banyaklah hadis-hadis yang menyebutkan tentang perihal merapatkan sof, dan mengisi sela-sela yang kosong.
Nasihat saya, jika mahu solat jarak-jarak begitu, balik solat di rumah sahajalah. Tak perlu solat jemaah kerana solat jemaah sangat mementingkan kesempurnaan sof. Barangkali ini suara kecewa setelah setiap kali solat imam menyeru ‘istawu sufufakum’… masih juga begitu sofnya.
![]() |
| Rupa orang yang sedang marah. ^^ |
Hentikanlah membiarkan sof anda lompong begitu.
p/s : Artikel ini adalah catatan sahabat saya. Semoga sama-sama menyebarkan peringatan dan memperbetulkan perkara yang perlu diperbetulkan. Biasakan yang tidak biasa dan yang tidak biasakan dijadikan biasa.








